gohartanah.com

sahabat hartanah anda

  • All Listing
    • All Listing For Sale
    • New Development
  • For Seller / Owner
    • Servis Ejen Hartanah
    • Semak Harga Pasaran Rumah
    • Sahabat Gohartanah
  • Extra Services
    • Peguam Hartanah
    • Pakej Pembiayaan Rumah LPPSA
    • Permohonan Pembiayaan Rumah
    • Tanah JV Dengan Pemaju Perumahan
    • Servis Laporan Pernilaian (KIV)
  • Blog Hartanah
  • Contact Us
60192406484
gohartanah.com

sahabat hartanah anda

  • All Listing
    • All Listing For Sale
    • New Development
  • For Seller / Owner
    • Servis Ejen Hartanah
    • Semak Harga Pasaran Rumah
    • Sahabat Gohartanah
  • Extra Services
    • Peguam Hartanah
    • Pakej Pembiayaan Rumah LPPSA
    • Permohonan Pembiayaan Rumah
    • Tanah JV Dengan Pemaju Perumahan
    • Servis Laporan Pernilaian (KIV)
  • Blog Hartanah
  • Contact Us
60192406484

Blog Hartanah

Looking for certain features

Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Kakitangan Kerajaan (LPPSA)

By

Zulhisham Gohartanah

Posted in LPPSA, Pembiayaan Rumah On April 19, 2016

Ramai kakitangan atau kawan-kawan yang kerja di sektor awam yang bertanya prosedur atau cara-cara pembelian rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan. Sebelum ini pinjaman perumahan ini diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Bermula tahun 2016 BPP telah dinaiktaraf ke Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Berikut adalah sedikit panduan untuk anda yang berhajat membeli rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan :

Kelayakan Pinjaman

Perkara paling penting ialah menyemak kelayakan maksimum bagi jumlah pinjaman yang dibenarkan. Jumlah pinjaman ini ditentukan oleh gred jawatan semasa anda. Nak selamat berhubung dengan LPPSA.

Harga Pasaran Rumah

Perkara ini amat saya tekankan kepada semua kakitangan awam. Sebab masalah timbul apabila rumah yang anda beli itu lebih tinggi dari harga pasaran. Sekiranya ini berlaku maka anda perlu menggunakan duit poket sendiri bagi membayar lebihan yang tidak dicover oleh pinjaman anda. Semakan harga pasaran boleh dibuat di pejabat Jabatan Penilai dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di satu-satu daerah.

Contoh di daerah Hulu Langat, pejabat JPPH di PKNS Bangi. Dapatkan info rumah seperti jenis rumah, alamat penuh, luas tanah, luas bangunan dan detail renovation. Lagi bagus sekiranya ambil gambar sekali.

Booking atau Earnest Deposit

Pembayaran earnest deposit atau booking juga perlu dibuat dengan berhati-hati. Sekiranya anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar, pastikan banker cheque atau bayaran dibuat atas nama agensi hartanah.

Sekiranya pembelian terus dengan pemilik rumah, anda boleh buat bayaran earnest deposit. Pastikan ada surat pembayaran di mana anda dan pemilik rumah tandatangan surat tu. Nak lebih selamat buat bayaran booking melalui peguam anda.

Lantik Peguam Hartanah

Seterusnya anda perlu lantik peguam hartanah bagi menyediakan surat perjanjian jual beli atau sales purchase agreement (SPA) dan surat perjanjian pinjaman atau loan agreement. Selepas SPA ditandatangani oleh anda dan penjual, baru anda boleh buat permohonan online di website LPPSA. Anda perlu melantik Peguam Hartanah Panel LPPSA bagi menguruskan semua dokumen perjanjian.

Kos Pembelian Rumah

Apabila anda menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, anda perlu sediakan duit poket sendiri bagi kos :

 

1. Peguam untuk Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)

2. Peguam untuk surat perjanjian jual beli (SPA).
3. Peguam untuk surat perjanjian pinjaman perumahan (loan agreement).
4. Duti setem pindah milik (MOT).

 

Nanti ada kos-kos tambahan atau disbursement bergantung kepada sesuatu hartanah. Oleh itu saya cadangkan anda dapatkan quotation atau sebut harga daripada peguam hartanah yang mahir bagi urusan LPPSA.

 bahagian pinjaman perumahan, bpp, lembaga pinjaman perumahan sektor awam, loan kerajaan, lppsa

4 Comments

  1. Zyann Ahmad

    on December 14, 2016 at 5:11 pm said  

    Saya ingin membeli rumah pertama. Sila advise saya. Urgent !!

    Log in to Reply
  2. zawiyah

    on February 15, 2017 at 7:43 pm said  

    Sy nak tahu brp lama proses kelulusan lppsa. Buyer sy br submit docu ke jab penilaian. Brp lama lg masa hingga kelulusan loan. Tq

    Log in to Reply
  3. Zaki

    on May 18, 2017 at 7:04 pm said  

    Saya nak tanya berapakah jumlah wajar kos guaman jika mengambil kira ketiga tiga item yang perlu di tanggung oleh pembeli jika membeli rumah berharga RM150, 000.00?

    Log in to Reply
    • Zulhisham Gohartanah

      on April 1, 2018 at 10:52 pm said  

      Anggaran kasar kos peguam dan duti setem pindah milik dalam 5% dari harga jual. Bagi dapatkan sebut harga yang lebih tepat sila berhubung dengan ejen kami

      Log in to Reply

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Artikel Terkini

  • 4 Cara Mudah Semak Market Value Rumah Semasa Secara Percuma
  • Apa Beza Ejen Hartanah & Perunding Hartanah ?
  • 7 Soalan Selalu Ditanya Oleh Pemilik Sebelum Membuat Keputusan Untuk Menjual Rumah
  • Cara Beli Rumah Pertama. 10 Persiapan Awal Sebelum Membeli Rumah

Categories

Tags

bahagian pinjaman perumahan bpp lembaga pinjaman perumahan sektor awam loan kerajaan lppsa Tips Jual Rumah

Kawasan Jajahan

Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Tangkak Muar, Semenyih, Sg Tangkas, Alam Sari, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Desa Pinggiran Putra,  Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi , BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras & Sg Long, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh Nilai Impian, Bdr Baru Putra Nilai, Pajam, Seremban, Senawang, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Batu Pahat, Kluang, Kelana Jaya, Subang Jaya Banglo Baru @ Melaka  

Link

  • IQI iRealty Group
  • Zulhisham.com
  • Pembiayaan Semula Hartanah

Extra Servis

  • Servis Ejen Rumah Sewa
  • Refinance Rumah
  • Servis Peguam Hartanah
  • Pakej Pinjaman LPPSA
  • Tanah JV Dengan Pemaju
  • Peluang Kerjaya Perunding Hartanah

Powered by Real Homes Wordpress Theme | CloudWays WordPress Hosting | DigitalOcean Server

|
7 Keadaan Semasa Yang Mempengaruhi Keputusan Menjual Rumah

Owning a home is a keystone of wealth… both financial affluence and emotional security.

Suze Orman
February 13, 2023 Monday!
gohartanah.com
  • Login
Forget Password?