Servis Ejen Hartanah
Jual Rumah Tanpa PENING Kepala. Biar kami uruskan semuanya
Terima kasih kami ucapkan kerana anda berurusan dengan Ejen Hartanah Berdaftar
Gohartanah Sedia Membantu …
Gohartanah adalah satu team ejen hartanah berdaftar yang komited membantu pemilik rumah dalam urusan Jual Beli & Sewa.
Kami mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri hartanah di Malaysia.
Dengan pengalaman yang ada, insyallah kami akan membantu anda sebaik yang mungkin.
KENAPA ANDA PERLU LANTIK KAMI SEKARANG ?
01
TAK PERLU PENING KEPALA
Semua urusanan diserahkan kepada Ejen Hartanah seperti iklan, cari pembeli, loan bank dan lawyer.
02
IKUT PROSEDUR YANG BETUL
Jual rumah perlu ikut undang-undang dan prosedur yang betul. Ada banyak risiko dan cabaran sepanjang proses Jual Beli rumah.
03
RUMAH DIJUAL DENGAN CEPAT
Ejen hartanah akan memberi pandangan pasaran semasa dan mencadangkan harga jual yang terbaik supaya rumah boleh dijual dengan cepat.
04
INDIVIDU YANG PAKAR DALAM JUAL BELI RUMAH
Ejen hartanah terlibat secara langsung dalam semua proses Jual Beli rumah. Oleh itu ejen hartanah mempunyai pengalaman yang luas bagi membantu setiap kilennya.
Servis Terbaik Untuk Anda
Bagi memastikan setiap klien kami mendapat servis yang terbaik, kami komited dalam setiap kepercayaan yang diberikan. Servis yang kami tawarkan seperti di bawah :
Semak Harga Pasaran Terkini
Harga pasaran semasa adalah indikator utama bagi penentuan harga jualan sesebuah rumah.
Kami akan bantu dapatkan anggaran harga pasaran terkini daripada valuer atau Penilai Berdaftar.
Cadang Harga Jualan
Mengikut Laporan Pasaran Hartanah oleh NAPIC, pasaran hartanah menurun beberapa tahun ini.
Pada hari ini, banyak rumah sedang dijual dan ini menyebabkan penurunan harga.
Oleh itu, kami akan berikan pandangan dan cadangan berkenaan harga jualan supaya rumah anda dapat dijual dengan cepat.
Persediaan Awal Jual Rumah
Kami akan memberikan nasihat dan panduan supaya anda boleh membuat persediaan awal sebelum membuat keputusan menjual rumah.
Ini sekaligus akan mengelakkan sebarang kerugian atau halangan yang boleh mengganggu proses Jual Beli rumah.
Proses Jual Beli Rumah
Kami akan menerangkan proses Jual Beli dari awal sehingga kunci diserahkan kepada pembeli.
Penerangan ini akan memberi sedikit gambaran proses-proses yang akan berlaku kelak.
Hanya terbaik untuk anda …
Bagi memastikan proses Jual Beli rumah berjalan lancar, di bawah servis tambahan untuk anda.
IKLAN BERSEPADU
Iklan di Portal Hartanah seperti mudah.my, Propertguru, Iproperty dan medium offline. Kami juga bekerjasama (Co Agency) dengan Ejen Hartanah di dalam IQI dan agensi di luar IQI.
BANKER & LAWYER
Kami gunakan banker dan lawyer yang boleh memberi komitmen yang tinggi. Kami juga bantu klien untuk follow up dengan banker dan lawyer.
KERJA BERPASUKAN
Kekuatan kami boleh bekerjasama dengan semua ejen hartanah bagi memastikan klien mendapatkan servis yang terbaik dan rumah dapat dijual dengan cepat.
Bincang & cadang
Kami akan memberi nasihat dan pandangan yang berkaitan dengan rumah supaya dapat dijual dalam tempoh dirancang.
PROSEDUR JUAL RUMAH
Di bawah adalah prosedur asas untuk jual rumah. Prosedur lebih detail akan kami terangkan semasa temujanji nanti.
- 1SEMAK MARKET VALUE – Kami perlu dapatkan detail rumah untuk dijual seperti jenis rumah, alamat penuh, luas tanah & bangunan, detail renovation dan anggaran harga nak jual. Seterusnya kami akan majukan kepada valuer. .
- 2INSPECTION RUMAH – Buat temujanji untuk inspection rumah dan ambil gambar dan video untuk iklan. Sekiranya perlu kami akan cadangkan tambahbaik yang perlu dibuat.
- 3LANTIKAN EJEN HARTANAH – Penerangan secara detail prosedur dan proses yang terlibat sepanjang rumah dijual, jenis lantikan ejen hartanah dan kos-kos yang terlibat untuk jual rumah.
- 4DOKUMEN PENTING – Kami akan dapatkan salinan dokumen penting seperti Sales Purchase Agreement (SPA), Dokumen Hakmilik (Geran) dan Cukai Tanah & Pintu. Dokumen ini diperlu oleh pembeli untuk permohonan pembiayaan bank (loan).
- 5MARKETING & CLOSING – Kami akan buat marketing secara online dan offline untuk memcari potensi pembeli.
- 6PEMBIAYAN BANK & PEGUAM HARTANAH – Kami akan bantu pembeli buat dapatkan pembiayaan bank dan mencadangkan lawyer yang boleh uruskan proses jual beli.
Di atas adalah proses asas untuk jual rumah. Penerangan lebih detail akan dibuat semasa temujanji dan inspection rumah.
Perlukan Ejen Hartanah Yang Boleh Dipercayai?
Pastikan anda berhubungi dengan Ejen Hartanah di bawah
Zulhisham (E2767)
Berpengalaman lebih 10 tahun dalam industri hartanah
Seorang Ejen Hartanah Berdaftar, Certified HRDF Train The Trainer, Certified Islamic Financial Planning, penceramah dalam bidang hartanah.
TEL : 010 226 1701
Gohartanah di Channel Youtube ZULGO TV
Ada banyak lagi video-video berkaitan Jual Beli Rumah di Channel Youtube Zulgo TV. Klik logo di bawah untuk ke channel Zulgo TV
Kami di Program Hartanah
Di bawah adalah sebahagian program berkaitan hartanah yang melibatkan team Gohartanah
© [thrv_dynamic_data_date id=’Y’ inline=’1′], [thrive_global_fields id=’1′]
[thrive_global_fields id=’7′]