Blog Hartanah

Artikel berkaitan hartanah

4 Cara Jual Rumah Dengan Cepat

Cara jual rumah dengan cepat adalah soalan yang sering ditanya oleh tuan rumah atau ejen hartanah baru.

Kalau boleh hari ni lantik ejen hartanah, hari ni juga ejen buat iklan dan esok ada pembeli bayar booking.

Siapa yang nak tunggu lama-lamakan. Semua orang nak duit jual rumah cepat sebab ada perkara yang perlu diuruskan segera.

Kalau boleh hari ni ejen hartanah iklan rumah, esok dah dapat pembeli

Dan semua orang maklum rumah adalah aset yang mengambil masa yang lama untuk dicairkan atau dilupuskan atau bahasa lebih mudah dijual.

Transaksi jual beli sehingga nama ditukar dalam dokumen hakmilik geran memakan masa 4 – 6 bulan. Ada juga sampai 12 bulan. Selalu transaksi jadi lama kerana ada masalah-masalah berkaitan seperti pemaju bankrap, tuan rumah bankrap, dokumen hakmilik tuan rumah tidak selesai sepenuhnya dan macam-macam lagi.

Di bawah adalah cara-cara nak jual rumah dengan cepat berdasarkan pengalaman saya selama 13 tahun dalam industri hartanah. Anda dinasihatkan baca sekali Prosedur Nak Jual Rumah untuk tahu prosedur jual rumah yang betul.

1 – Rumah Dalam Keadaan Baik & Bersih

Bagi rumah yang dah siap sepenuhnya dan sedia diduduki, setiap bakal pembeli perlu melihat sendiri rumah. Ini kerana apabila rumah tersebut dijual, rumah tersebut dijual as is basis. Rumah tersebut dijual seadanya seperti mana dilihat.

Tiada jaminan atau warranty seperti mana membeli rumah dari pemaju.

Oleh itu sebarang kerosakan yang kelihatan perlu dibaiki terlebih dahulu supaya tidak menghilangkan mood pembeli. Cuba bayangkan rumah ada kebocoran di tandas, kesan serangan anai-anai, najis kucing di sekeliling rumah, dinding ada keretakan dan sebagainya. Pasti rumah sebegini tidak dapat menarik perhatian bakal pembeli.

Selain itu apabila pihak pembeli nak datang ke rumah, pastikan rumah tersebut dalam keadaan bersih, lampu dan kipas boleh digunakan dan keadaan luar rumah dalam keadaan baik.

Dengan usaha seperti ini dapat menarik minat bakal pembeli untuk memilih rumah anda.

2 – Deposit Rendah

Dikala pasaran hartanah yang agak perlahan sejak Covid19, terlalu banyak rumah untuk dijual dalam pasaran. Ini menyebabkan supply rumah melebihi permintaan yang ada.

Dengan pasaran sebegini, ia memberi kelebihan dan banyak ruang kepada bakal pembeli untuk memilih atau mencari rumah yang menawarkan harga yang lebih rendah. Selain itu bakal pembelian lebih tertarik dengan rumah yang memberi kelonggaran syarat pembelian rumah.

Deposit yang rendah akan mengalakkan orang ramai membeli rumah di waktu pasaran yang agak perlahan

Antara kelonggaran syarat yang menarik minat bakal pembeli ialah deposit pembelian yang rendah.

Pada waktu ini banyak pemaju menawarkan deposit yang rendah semata-mata untuk menarik minat orang ramai membeli rumah. Perkara yang sama perlu ada untuk rumah anda.

Anda perlu memberi kelonggaran untuk pembeli membayar deposit yang rendah dan dalam masa yang sama memberi ruang kepada pembeli untuk dapatkan loan bank semaksima mungkin.

3 – Jual Bawah Harga Pasaran Semasa

Ini adalah point utama untuk pastikan rumah terjual dengan cepat.

Walaupun keadaan rumah rosak teruk, bakal pembeli akan cair juga apabila harga yang ditawarkan lebih rendah daripada harga pasaran.

PERCUMA Untuk anda

  1. Semak market value & dapatkan harga jualan terbaik.
  2. Penerangan Prosedur Jual Rumah melalui ZOOM (30 minit)

Pada waktu ini, jual rumah ikut harga pasaran tidak menjamin rumah terjual cepat. Dengan supply rumah yang banyak dan setiap tuan rumah nak jual rumah cepat. Maka tuan rumah akan membuang harga dengan bagi diskaun 10% – 20% dan ada juga lebih dari itu. Semata-mata untuk menarik minat bakal pembeli.

Dengan cara ini, saya yakin setiap rumah dapat dijual dengan cepat.

4 – Lantik Ejen Hartanah Pakar Kawasan Tersebut

Siapa lagi bukan hero dalam industri hartanah selain ejen hartanah berdaftar.

Saya mencadangkan untuk anda melantik ejen hartanah yang pakar bagi kawasan rumah anda. Ejen hartanah akan memberi nasihat mengenai harga terbaik untuk anda. Tentunya ejen hartanah akan semak harga pasaran terkini dan buat analisa pasaran semasa.

Dapatkan pandangan mengenai harga jualan daripada ejen hartanah dan buat kira-kira adakah berbaloi untuk jual pada harga tersebut.

Ejen hartanah juga akan memberi nasihat mengenai pembaikan kerosakkan yang ada dan mencadangkan kontraktor yang boleh baiki kerosakkan tersebut.

Cuma pastikan anda melantik ejen hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPEPH).

Selain itu tuan rumah perlu menyediakan dokumen penting berkaitan rumah seperti surat perjanjian jual beli rumah (SPA), dokumen hakmilik rumah atau geran, cukai pintu & tanah dan sebagainya.

Kesimpulan

Ada banyak lagi perkara yang boleh dipertimbangkan supaya rumah anda terjual dengan cepat. Walaupun apa pun caranya, pastikan anda ikut prosedur jual rumah yang betul.

Lantik ejen hartanah berdaftar dan peguam hartanah bagi menguruskan penjualan rumah. Dapatkan nasihat mereka dalam penentuan harga jual, terma & syarat penjualan, deposit, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan sebagainya.

Apa pun saya doakan semoga rumah anda dapat dijual dengan cepat.

Ejen Hartanah Berdaftar at IQI Realty | 0102261701 | Website | + posts

Ejen Hartanah Berdaftar, Perunding Kewangan Islam (FAR, IFP), Co-founder IQI iRealty Group

Leave a Reply

Your email address will not be published.