Blog Hartanah

Artikel berkaitan hartanah

Prosedur & Cara Nak Jual Rumah

Bagi sebahagian orang, jual rumah ni agak rumit dan susah kerana ianya melibatkan banyak pihak dan banyak prosedurnya. Antaranya pihak yang terlibat seperti peguam, ejen hartanah, pejabat tanah, pemaju, pihak berkuasa tempatan (pbt), juru nilai, bank dan macam-macam lagi.

Salah satu faktor menyumbang kerumitan tersebut, transaksi jual beli rumah di Malaysia melibatkan banyak undang-undang seperti Kanun Tanah Negara, kaedah tanah negeri, undang-undang berkaitan kontrak & perjanjian, percukaian, akta strata dan lain-lain.

Tempoh jual beli rumah memakan masa yang panjang. Ada yang selesai selepas 12 bulan

Selain itu traksaksi jual beli rumah ini memakan masa yang panjang antara 3 bulan ke 6 bulan dan ada yang lepas dari itu.. Mengikut pengalaman saya, ada kes diselesaikan selepas 1 tahun.

Banyak risiko dan kerja perlu diambilkira untuk jual rumah. Sekiranya anda tiada pengalaman jual rumah, saya cadangkan melantik Ejen Hartanah Berdaftar yang mana tugasan harian mereka menguruskan penjualan rumah.

Apa pun anda perlu tahu Prosedur & Cara Nak Jual Rumah walaupun nak lantik ejen hartanah berdaftar.

Objektif Jual Rumah

Perkara paling utama ialah tetapkan tujuan kenapa nak jual rumah. Sama ada nak duit keuntungan, nak upgrade ke rumah lebih besar atau downgrade ke lebih kecil, berpindah kerja atau sebagainya.

Nak jual rumah untuk apa? Dapatkan wang tunai atau nak upgrade ke rumah lebih besar?

Dengan adanya objektif jual rumah yang jelas, maka perancangan seterusnya dapat disusun mengikut masa yang ada. Sebab jual rumah ini memakan masa yang panjang.

Kebiasaannya ada nak jual untuk dapatkan duit segera untuk menampung perbelanjaan keluarga, kos untuk rawatan hospital, beli rumah lain, tambah modal bisnes dan sebagainya.

Dengan adanya objektif jual rumah yang jelas, maka proses seterusnya sehingga tukar hakmilik rumah akan jadi lebih mudah.

Semak Baki Loan

Bagi rumah yang masih ada pembiayaan bank, diwajibkan untuk tahu berapa baki loan yang ada.

Daripada jumlah baki loan, anda boleh kira berapa jumlah keuntungan yang akan dapat apabila jual rumah. Ini penting sebab setiap orang mempunyai objektif yang sama iaitu jual rumah untuk dapatkan keuntungan.

Keuntungan = Harga Jual – Baki Loan Bank

Daripada jumlah baki loan, anda boleh tentukan berapa harga jualan terbaik yang boleh anda putuskan. Sebab pada waktu ini banyak rumah sedang dijual di bawah harga pasaran. Sekiranya anda nak rumah terjual dengan cepat, kena pastikan harga jualan lebih rendah daripada harga pasaran semasa. Pastikan anda mengambilkira kos-kos yang terlibat dalam penjualan rumah.

Sila dapatkan pandangan daripada ejen hartanah setempat bagi harga jualan terbaik di tempat anda.

Semak Harga Pasaran

Harga pasaran semasa atau market value rumah adalah info penting selepas anda dapatkan baki loan rumah.

Bagi anda yang melantik ejen hartanah berdaftar, saya yakin ejen tersebut akan buat semakan harga pasaran terkini untuk rumah anda.

Anda boleh semak sendiri harga pasaran terkini daripada kejiranan, bank terdekat atau menghubungi ejen hartanah di kawasan anda. Selain itu anda juga boleh dapatkan harga jualan rumah-rumah di kawasan yang sama dengan anda. Boleh layari portal-portal hartanah seperti Mudah Property, iProperty dan Propertyguru.

Lantik Ejen Hartanah

Lantikan ejen hartanah adalah pilihan bukan perkara yang wajib tetapi digalakkan.

Banyak risiko, prosedur atau cara pengurusan transaksi jual beli yang perlu anda tahu. Sekiranya tertipu, tersalah prosedur dan perkara-perkara lain, kerugian anda yang akan tanggung.

Kos Ejen Hartanah 3.18%

Kos ejen hartanah adalah 3.18% daripada harga jual rumah dan kos ini anda tidak perlu bayar menggunakan duit poket sendiri. Nanti kos ejen hartanah ini akan ditolak daripada deposit yang pembeli akan bayar.

Kelebihan melantik ejen hartanah berdaftar ialah segala urusan melibatkan penjualan rumah, permohonan loan bank, lantikan peguam dan perkara berkaitan akan diuruskan oleh ejen hartanah. Cuma kena pastikan anda melantik ejen hartanah berdaftar yang pakar bagi kawasan rumah anda.

Bagi melancarkan proses penjualan rumah, sila sediakan dokumen penting berkaitan rumah seperti surat perjanjian jual beli rumah (SPA), loan agreement, dokumen hakmilik atau geran rumah, cukai, bil utiliti dan sebagainya.

Booking, Deposit & Loan Rumah

Ini adalah proses paling penting dalam transaksi penjualan rumah. Bagi anda yang sudah melantik ejen hartanah, proses ini akan diuruskan sepenuhnya oleh ejen hartanah anda.

Setelah klien melihat rumah dan berminat untuk membeli rumah, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membayar duit booking bagi menunjukkan minat untuk membeli rumah tersebut. Pihak pembeli dan penjual perlu tandatangan booking form dengan memasukkan term dan syarat yang telah dipersetujui bersama.

Deposit beli rumah adalah 10%. Loan bank 90%

Deposit pembelian rumah adalah 10% daripada harga rumah. Bayaran booking adalah sebahagian daripada deposit.

Seterusnya pembeli perlu memohon loan rumah daripada bank. Sekiranya loan lulus dengan jayanya, proses seterusnya melantik peguam hartanah bagi menguruskan surat perjanjian jual beli rumah atau sales purchase agreement (SPA).

Lantik Peguam Hartanah

Dalam proses jual beli rumah, pihak pembeli wajib melantik peguam hartanah bagi menguruskan perjanjian jual beli rumah (SPA).

Pihak penjual mempunyai pilihan untuk melantik peguam sendiri atau menumpang peguam pembeli.

Sekiranya melantik peguam sendiri, penjual perlu membayar kos peguam sepenuhnya. Sekiranya penjual menumpang peguam pembeli, penjual hanya perlu membayar sebahagian kos peguam.

Lantik sendiri atau tumpang peguam pembeli

Kos peguam tersebut bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan penjual sahaja seperti permohonan consent pejabat tanah, penyelesaian hutang bank (full settelement) dan sebagainya.

Peguam hartanah adalah pihak paling penting dalam transaksi jual beli rumah. Oleh itu pastikan anda melantik peguam hartanah yang betul. Boleh dapatkan senarai peguam daripada ejen hartanah anda.

Serah Kunci

Proses jual beli rumah memang memakan masa yang lama. Secara purata bagi rumah freehold akan selesai dalam 3-4 bulan dan rumah leasehold dalam 4-6 bulan.

Tempoh masa ni bergantung kepada banyak perkara. Sila rujuk ejen hartanah dan peguam untuk dapatkan info lanjut berkenaan rumah anda.

Sabar dan follow up

Anda perlu bersabar dan kena rajin follow up dengan peguam.

Apabila semua prosedur tamat, anda perlu serahkan kunci rumah kepada pembeli dan seterusnya pihak peguam akan buat bayaran bagi baki penjualan rumah.

Pada waktu ini saya cadangkan anda tutup semua akaun utiliti seperti akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan air.

Kesimpulan

Jual rumah bukan perkara yang mudah. Oleh itu anda perlu fahamkan prosedur dan cara nak jual rumah. Anda juga boleh melantik ejen hartanah atau perunding hartanah berdaftar bagi menguruskan penjualan rumah.

Anda buat persediaan awal seperti dapatkan jumlah baki loan, semak harga pasaran terkini, dapatkan senarai ejen hartanah setempat dan sediakan dokumen penting untuk jual rumah.

Cara terbaik adalah melantik ejen hartanah dan berikan kepercayaan penuh kepada ejen hartanah menguruskan penjualan rumah.

Dalam masa yang sama anda perlu memantau dan follow up ejen hartanah dan peguam hartanah sepanjang transaksi jual beli rumah.

Semoga penulisan ni dapat memberi panduan kepada anda. Sebarang pertanyaan boleh tulis di ruang komen di bawah.

Ejen Hartanah Berdaftar at IQI Realty | 0102261701 | Website | + posts

Ejen Hartanah Berdaftar, Perunding Kewangan Islam (FAR, IFP), Co-founder IQI iRealty Group

Leave a Reply

Your email address will not be published.