gohartanah.com

sahabat hartanah anda

  • All Listing
    • All Listing For Sale
    • New Development
  • For Seller / Owner
    • Servis Ejen Hartanah
    • Semak Harga Pasaran
    • Sahabat Gohartanah
  • Extra Services
    • Peguam Hartanah
    • Pakej Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
    • Permohonan Pembiayaan Rumah
    • Tanah JV Dengan Pemaju Perumahan
    • Servis Laporan Pernilaian (KIV)
  • Blog
  • Contact Us
012 3020 376

gohartanah.com

sahabat hartanah anda

  • All Listing
    • All Listing For Sale
    • New Development
  • For Seller / Owner
    • Servis Ejen Hartanah
    • Semak Harga Pasaran
    • Sahabat Gohartanah
  • Extra Services
    • Peguam Hartanah
    • Pakej Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
    • Permohonan Pembiayaan Rumah
    • Tanah JV Dengan Pemaju Perumahan
    • Servis Laporan Pernilaian (KIV)
  • Blog
  • Contact Us
012 3020 376

Blog Hartanah

Looking for certain features

7 Soalan Selalu Ditanya Oleh Pemilik Sebelum Membuat Keputusan Untuk Menjual Rumah

By

Admin Gohartanah

Posted in Tips On Oct 13, 2017

Sebenarnya banyak perkara yang ditanya oleh owner sebelum mereka benar-benar membuat keputusan untuk menjual rumah. Biasalah, jual rumah ni tak sama dengan menjual motosikal atau kereta. Jual kereta dalam 1 hari pun boleh selesai.

Tapi proses jual beli rumah tak semudah itu, ada risiko. Silap langkah boleh rugi besar. Banyak perkara yang perlu dilihat. Walaupun klien membeli rumah secara tunai sekalipun, proses tukar nama sama sahaja dengan pembelian menggunakan pembiayaan bank.

Oleh itu pastikan anda melantik Peguam Hartanah yang terbaik bagi menguruskan proses jual beli.

Berikut adalah 7 Soalan yang selalu ditanya oleh pemilik rumah :

  1. Bilakah proses jual beli dijangka selesai?
  2. Berapa jumlah wang keuntungan yang akan diterima oleh penjual?
  3. Berapa harga pasaran semasa?
  4. Berapa kos peguam yang perlu dibayar bagi menjual rumah?
  5. Apakah dokumen yang perlu penjual sediakan?
  6. Berapakah kos ejen hartanah bagi menjual rumah tersebut?
  7. Bilakah pemilik rumah perlu kosongkan rumah?

Jom baca lebih detail

1. Bilakah Proses Jual Beli Dijangka Selesai?

Banyak perkara yang perlu dilihat bagi menentukan jangkaan transaksi jual beli itu selesai.

Antaranya jenis pegangan samada freehold atau leasehold. Freehold lebih cepat selesai berbanding rumah leasehold. Rumah leasehold perlu mendapatkan kebenaran pindah milik dari kerajaan negeri dan proses ini memakan masa. Tempoh masa bergantung pada sesuatu kawasan.

Selain itu status geran terkini samada hakmilik penuh telah diperolehi. Kalau rumah landed dipanggil geran individu dan highrise dipanggil strata. Rumah yang telah mempunyai geran dan nama pemilik telah dimasukkan ke dalam geran lebih cepat selesai daripada rumah yang belum mempunyai geran.

Oleh itu anda dinasihatkan membuat penyempurnaan hakmilik atau perfection of tranfer apabila diminta. Jangan tangguh-tangguh. Kalau pemaju tak benarkan direct tranfer, double tranfer pastinya akan memakan masa yang panjang.

Selain itu bank juga memberi kesan yang besar bagi tempoh masa jual beli selesai. Ini kerana pihak peguam perlu mendapatkan penyata baki hutang dan security document. Selalunya penyelesaian hutang di LPPSA mengambil masa yang lebih sedikit berbanding bank.

Secara umumnya banyak faktor bagi menentukan tempoh masa jual beli selesai. Kebiasaanya rumah freehold boleh selesai dalam 3-4 bulan dan leasehold 4-6 bulan. Paling penting pastikan anda telah lantik peguam hartanah yang terbaik di muka bumi ini.

2. Berapa jumlah wang keuntungan yang akan diterima oleh penjual?

Ni adalah soalan yang pasti setiap pemilik rumah akan tanya.

Keuntungan adalah perbezaan Harga Jual dan Baki Hutang di bank. Selain itu tolak dengan kos-kos penjualan seperti Ejen Hartanah, kos lawyer dan sebagainya.

Pastikan harga rumah yang dijual lebih tinggi dari baki hutang. Kalau tak, kena ready duit poket untuk top up kerugian jual rumah tersebut.

3. Berapa anggaran harga pasaran semasa?

Nak jual rumah pastikan dah tahu harga pasaran semasa. Boleh dapatkan info dari kejiranan, bank atau ejen hartanah.

Boleh rujuk iklan rumah yang sedang dijual di kawasan setempat samada di mudah.my, propertyguru.com, iproperty.com.my dan lain-lain website.

Kebiasaannya harga pasaran semasa lebih rendah dari harga iklan. Sebab harga yang dipaparkan boleh nego lagi. Nego sampai jadi.

Team Gohartanah juga menyediakan servis ini. Info lanjut layari Semak Harga Pasaran Rumah.

4. Berapa kos peguam yang perlu dibayar bagi menjual rumah?

Pemilik rumah ada pilihan samada nak lantik lawyer sendiri atau tidak melantik lawyer. Pada pandangan kami, lantik lawyer sendiri adalah yang terbaik. Cuma nanti ada kos lawyer yang perlu dibayar iaitu 1% dari harga jual serta kos-kos sampingan (disbursement).

Sekiranya tidak melantik lawyer, kerja-kerja penyelesaian hutang bank akan dibuat lawyer pembeli. Dan ada kos yang perlu dibayar oleh penjual. Tapi kos lebih rendah sekiranya lantik lawyer sendiri.

Pilihan di tangan anda.

5. Apakah dokumen yang perlu penjual sediakan?

Antara dokumen yang penting perlu disediakan ialah salinan sales purchase agreement (SPA), geran rumah, cukai tanah dan cukai pintu. Dokumen ini amat diperlu semasa pembeli membuat pembiayaan bank.

SPA dan geran tu kena simpan baik-baik. Kalau terhilang jenuh juga nak dapatkan semula.

6. Berapakah kos ejen hartanah bagi menjual rumah?

Ejen hartanah adalah profesion yang fokus kepada jual-beli dan sewa hartanah. Setiap ejen hartanah dipantau oleh Lembaga Penilai Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Kos ejen hartanah telah ditetapkan oleh LPPEH iaitu 3% daripada harga jual.

7. Bila perlu pemilik perlu kosongkan rumah?

Kalau ikut pembeli, lepas bayar booking nak terus masuk rumah. Ada juga yang ingat lepas loan lulus, dah boleh sign Sales Purchase Agreement (SPA). Walaupun pembeli dah bayar 10% deposit masa sign SPA, rumah tu masih lagi milik owner. Hak milik belum bertukar tangan lagi. Proses masih panjang.

Kebiasaanya, penjual perlu kosongkan rumah apabila sudah dapat bayaran penuh setelah ditolak dengan baki hutang bank. Lawyer akan tukar kunci rumah dengan cek keuntungan hasil penjualan rumah.

Kesimpulan

Banyak lagi soalan-soalan yang ditanya oleh pemilik rumah yang berminat untuk menjual rumah. Lain orang, lain soalannya.

Sekiranya anda ada persoalan mengenai prosedur jual rumah , sila diajukan kepada ejen hartanah di kawasan anda.

Bagi anda di Lembah Klang, boleh ajukan soalan kepada Team Gohartanah atau tanya di ruang komen di bawah.

 Tips Jual Rumah

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.

Recent Posts

  • ni adalah post
  • FREEHOLD FACING OPEN 2 STOREY TERRACE TAMAN KAJANG BARU, SUNGAI JELOK NEAR KAJANG
  • Apa Beza Ejen Hartanah & Perunding Hartanah ?
  • 7 Soalan Selalu Ditanya Oleh Pemilik Sebelum Membuat Keputusan Untuk Menjual Rumah
  • 10 Persiapan Awal Sebelum Membeli Rumah Pertama

Recent Comments

  • Zulhisham Gohartanah on Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan
  • azlina on Ejen Hartanah Putrajaya & Cyberjaya
  • Zaki on Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan
  • zawiyah on Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan
  • Zyann Ahmad on Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Archives

  • June 2020
  • January 2019
  • October 2017
  • April 2016

Categories

  • LPPSA
  • Pembiayaan Rumah
  • Tips
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Categories

  • LPPSA
  • Pembiayaan Rumah
  • Tips
  • Uncategorized

Search

Tags

bahagian pinjaman perumahan bpp lembaga pinjaman perumahan sektor awam loan kerajaan lppsa Tips Jual Rumah

Kawasan Jajahan

Bangi, Kajang, Bandar Seri Putra & Bukit Mahkota, Tangkak MuarSemenyih, Sg Tangkas, Alam Sari, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Bandar Saujana Putra, Putra Heights, Desa Pinggiran Putra,  Kota Warisan, Bandar Baru Salak Tinggi , BTHO, Ampang, Bdr Mahkota Cheras & Sg Long, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Dengkil, Seri Kembangan, Puchong, Bandar Kinrara, Puncak Jalil, Shah Alam, Gombak, Selayang, Sg Buloh Nilai Impian, Bdr Baru Putra Nilai, Pajam, Seremban, Senawang, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Batu Pahat, Kluang

Link

  • Ngetehhartanah.com
  • iRealty Management
  • bloghartanah.com
  • Hartanah Milenium
  • Real Harta
  • Pembiayaan Semula Hartanah
  • Pakej Umrah 2013
  • Butik Keperluan Ibu dan Bayi
  • Gedung Kereta Proton
  • Blog Hartanah

Extra Servis

  • Servis Ejen Rumah Sewa
  • Pembiayaan Semula
  • Servis Peguam Hartanah
  • Pakej Pinjaman Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)
  • Tanah JV Dengan Pemaju
  • Analisa Harga Pasaran
  • Sahabat Gohartanah
  • Peluang Kerjaya Perunding Hartanah

Powered by Real Homes Wordpress Theme | CloudWays WordPress Hosting | DigitalOcean Server

10 Persiapan Awal Sebelum Membeli Rumah Pertama Apa Beza Ejen Hartanah & Perunding Hartanah ?

Owning a home is a keystone of wealth… both financial affluence and emotional security.

Suze Orman
17th April 2021 Saturday!
gohartanah.com
  • Login
Forget Password?