Blog Hartanah

Artikel berkaitan hartanah

Cara Sewakan Rumah Dengan Betul & Selamat

Kebelakangan ini ramai tuan rumah mengeluh apabila penyewa gagal membayar sewa rumah. Sepatutnya sewa dibayar awal bulan, ditangguh ke tengah bulan. Ada juga penyewa sudah tertunggak bayaran sewa rumah 3-6 bulan.

Benar dengan sewakan rumah, tuan rumah boleh mengurangkan bebanan bayaran bulanan bank. Tetapi sekiranya gagal dalam membayar sewa, maka tuan rumah perlu membayar bulanan bank dengan duit poket sendiri.

Persoalannya macam mana nak pastikan penyewa membayar sewa mengikut tempoh yang dipersetujui?

Berikut adalah Cara Nak Sewakan Rumah yang betul dan selamat.

1. Pastikan Rumah Sedia Diduduki

Perkara paling utama ialah pastikan rumah anda dalam keadaan terbaik. Baiki segala kerosakkan yang ada seperti paip bocor, lantai rosak, masalah bumbung, cat dinding dan pendawaian elektrik.

Rumah yang dalam keadaan baik akan menarik lebih ramai penyewa yang berpotensi. Ada rezeki boleh sewakan lebih tinggi sedikit.

2. Lantikan Ejen Hartanah

Lantik ejen hartanah yang mahir bagi kawasan anda. Minta pandangan daripada ejen hartanah berkaitan harga sewaan semasa dan prosedur sewa rumah.

3. Persediaan Perjanjian Sewaan

Ramai tuan rumah terlepas pandang mengenai perjanjian sewaan (tenancy agreement) ini. Apabila masalah timbul baru menyesal tak buat perjanjian sewaan

Perjanjian sewa adalah dokumen penting mengikat tuan rumah dan penyewa melalui kontrak sewaan. Masukkan semua syarat dan terma yang telah dipersetujui oleh tuan rumah dan bakal penyewa dalam surat perjanjian.

Dan pastikan perjanjian ini disetem di LHDN.

4. Deposit Sewa Rumah

Deposit adalah satu elemen penting dalam proses sewa rumah. Deposit sewa rumah merupakan jaminan atau wang pertaruhan bahawa penyewa akan mematuhi syarat-syarat sewaan dan menjaga rumah dengan baik.

Sekiranya penyewa gagal mematuhi perjanjian sewaan, wang deposit akan digunakan bagi menampung kerugian tuan rumah.

Jumlah deposit ini berbeza mengikut persetujuaan tuan rumah dan penyewa. Jumlah asas yang biasa digunakan untuk deposit sewa rumah adalah 2.5 bulan.

Sekiranya sewaan adalah RM1,000 sebulan, maka deposit yang perlu dibayar ialah RM2,500.

5. Penyelenggaran Rumah

Rumah perlu diselenggara setiap masa. Tuan rumah boleh dapatkan senarai kontraktor daripada ejen hartanah sekiranya mengalami kerosakan yang besar.

6. Penamatan Perjanjian

Apabila tempoh sewaan tamat, penyewa perlu menyerahkan rumah dalam keadaan baik seperti mana diterima di awal perjanjian.

Sekiranya rumah diserahkan dalam keadaan teruk, tuan rumah boleh meminta kontraktor untuk membaiki kerosakkan. Segala kos pembaikkan akan menggunakan deposit yang dibayar pada awal sewaan.

Selepas semua kerosakkan dibaiki sepenuhnya, baki wang deposit akan dikembalikan kepada penyewa.

Kesimpulan

Menguruskan rumah sewa nampak mudah. Tetapi berdasarkan pengalaman saya, ramai tuan rumah rasa tertekan apabila setiap bulan terpaksa menghubungi penyewa bagi mendapatkan bayaran sewa. Ada juga bayaran rumah tertunggak lebih daripada 6 bulan. Masalah lain seperti rumah mengalami kerosakkan yang teruk, rumah digunakan untuk aktiviti judi, proses dadah dan aktiviti lain yang menyalahi undang-undang.

Bagi mengurangkan risiko di atas, tuan rumah boleh melantik ejen hartanah berdaftar bagi menguruskan penyewaan rumah. Selain itu juga ejen hartanah yang menawarkan servis mengutip duit sewa setiap bulan daripada penyewa. Dengan ini, tuan rumah tidak perlu lagi kejar penyewa sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut tempoh.

Ejen Hartanah Berdaftar at IQI Realty | 0102261701 | Website | + posts

Ejen Hartanah Berdaftar, Perunding Kewangan Islam (FAR, IFP), Co-founder IQI iRealty Group

Leave a Reply

Your email address will not be published.